Muhamad Arif Bin Mohamad Zahir kini melanjutkan pengajiannya di peringkat diploma dalam bidang Kreatif Multimedia. Dengan penuh dedikasi dan semangat, beliau bertekad untuk mengangkat nama Tahfiz Mutmainnah dan Mutmainnah Entertainment dalam industri media, sekaligus membuktikan bahawa kecemerlangan dalam bidang kreatif boleh seiring dengan nilai-nilai ilmu dan keagamaan.