Ziarah Adik HAFIDZ SHAHMI pada bulan lepas dan Alhamdulillah beliau semakin pulih selepas menjalani pembedahan Tulang Belakang.Terima kasih tidak terhingga kepada semua penyumbang adik HAFIDZ SHAHMI selama ini.Kami doakan semoga dapat kembali ke Sekolah seperti sedia biasa.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Alhamdulillah, untuk makluman, pasukan Tajwid Quest Tahfiz Mutmainnah Lilbanat telah berjaya mendapat GOLD MEDAL manakala pasukan EcoScent telah berjaya mendapat SILVER MEDAL bagi pertandingan inovasi i-IDEA ini.
Sekalung penghargaan dan terima kasih buat semua atas semangat dan doa yang tidak putus-putus untuk kami, pasukan inovasi. Semoga Allah membalas jasa kalian dengan sebaik-baik ganjaran kebaikan, insyaAllah.
Semoga kejayaan ini dapat menyuntik semangat para pelajar lain untuk menjadi pelajar dan hafizah yang cemerlang dunia dan akhiratnya, insyaAllah
Tahfiz Mutmainnah, 6 September 2025 – Program Mahabbah Maulidur Rasul yang dianjurkan di Kompleks Tahfiz Mutmainnah telah berlangsung dengan penuh meriah dan mendapat sambutan hangat daripada pelajar, guru, ibu bapa serta masyarakat setempat.
Program ini bertujuan menyemarakkan kecintaan terhadap junjungan besar Nabi Muhammad SAW melalui pelbagai aktiviti berunsur kerohanian dan kekeluargaan. Antara acara yang dijalankan termasuk pertandingan mewarna, pertandingan kerabu, sukan memanah, kuliah dhuha, serta majlis selawat beramai-ramai pada malam kemuncak.
Majlis turut diserikan dengan ucapan alu-aluan daripada Pengerusi Tahfiz Mutmainnah serta penampilan khas kumpulan selawat yang menghidupkan suasana dengan lantunan qasidah dan selawat ke atas Rasulullah SAW.
Para peserta dan hadirin melahirkan rasa syukur kerana program ini bukan sahaja memperkukuh ukhuwah antara warga sekolah dan masyarakat, malah menambahkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW.
Pihak penganjur merakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini. Diharapkan semangat Mahabbah Maulidur Rasul ini terus subur dan menjadi amalan dalam kehidupan seharian.
Dewan kami yang luas boleh memuatkan
50 pax (Classroom Style – kerusi & meja)
Full Day | Half Day | Malam Sahaja | |
---|---|---|---|
Weekday | RM500 | RM300 | RM350 |
Weekend | RM600 | RM350 | RM400 |
Harga semasa untuk semua di atas (tidak termasuk makanan).
TAHFIZ MUTMAINNAH EJEN SAH LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH (LZNK)
AssalamualaikumβΌοΈ
π’ Untuk makluman semua Tahfiz Mutmainnah Kg Permatang Berangan Sungai Petani telah sah menjadi Ejen kutipan Zakat bagi Lembaga Zakat Negeri Kedah mulai hari ini.
Kami sedia menerima pelbagai jenis zakat seperti zakat pendapatan, zakat harta, zakat padi, zakat emas dan juga zakat Pelepasan Cukai.
Jom sucikan harta benda anda dengan berzakat bersama kami
βοΈ Pertanyaan lanjut boleh hubungi :
π³ Ustaz Muhammad Hafiz Bin Sharir
Pengerusi Tahfiz
wassap.my/60175675657/zakat
π§ Puan Hayati Binti Abu Bakar
Kerani Bahagian Zakat
wassap.my/60124800628/zakat
Assalamualaikum. Pengambilan pelajar baru Sekolah Rendah Islam Tahfiz Mutmainnah bagi sesi 2022. Tarikh tutup permohon pada 30 September 2021. Permohon boleh dibuat melalui website atau terus hubungi kami ditalian 04-4311194 atau terus whatsapp ke 019-3043837.
Makluman terkini jumlah sumbangan van Tahfiz Mutmainnah setakat 7 September 2021 sebanyak RM56,139. Pihak kami memerlukan RM50 RIBU lagi untuk pembelian van ini. Oleh itu pihak kami memohon sumbangan berterusan dari Tuan/Puan untuk misi ini. Segala sumbangan Tuan/Puan akan diberi ganjaran pahala. Terima kasih
Assalamualaikum Warahmatuhi Wabarakaatuh!